Semua insan dalam dunia ini pasti pernah merasai perasaan itu.
Perasaan yang tidak asing lagi dalam jiwa kita sebagai manusia. Perasaan yang
kadangkala hadirnya tanpa kita duga atau kita paksa.
Memang
sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia untuk merasai perasaan itu. Cuma
mungkin bagaimana perasaan itu hadir dalam diri kita berbeza bagi setiap
individu.
Dalam
diam, perasaan itu hadir di hatiku
Seperti
insan lain, aku jua merasai perasaan itu. Perasaan yang bukan baru semalam
berputik. Aku sering tertanya-tanya salahkah untuk aku mempunyai perasaan yang
bukan aku reka atau cipta, perasaan yang hadirnya tak pernah aku paksa,
perasaan yang tak berubah sedikit pun walau banyak dugaan menimpa. Namun dalam
aku melangkah menyusuri perasaan itu, aku sering dilanda rasa khuatir. Aku
khuatir andainya rasa cinta ini melebihi rasa cintaku pada-Nya. Aku khuatir
andai rindu yang aku pendam melebihi rinduku pada-Nya. Diri ku dan dia diikat
dengan satu ikatan di dalam hati. Ikatan yang tak perlu aku dan dia lafaz
melalui bicara kata.
Cukuplah
rasa ini aku pendam dan dia juga memendam rasa yang sama. Jasad aku dan dia
beribu batu terpisah. Hati aku dan dia juga beribu batu menjauh. Kini, wajahnya
pun mungkin telah menjadi samar-samar di ingatanku. Suaranya seperti ku
ingat-ingat lupa di telingaku. Rinduku padanya yang tidak menentu telah menjadi
rindu yang ada hala tuju.
Saat
aku dan dia menjauh
Pernah
satu ketika dulu, aku kecewa dengan keadaan ini. Aku rasa seperti tidak
sempurna dengan ketidakhadiran dia disisi. Namun kini, aku mengerti mengapa dia
makin menjauh dari aku. Aku hormat keputusannya kerana aku tahu semua ini dia
lakukan demi kebaikan aku dan dia.Teringat aku bicaranya tentang kisah kami.
Kami dipertemukan dalam keadaan yang aneh sekali. Dalam keadaan saling tidak
mengenali, perasaan yang tidak disangka-sangka hadir dalam diri kami. Sehingga
kini, aku masih tidak mengerti bagaimana perasaan itu hadir dan bercambah
sehingga ke saat ini.
Oleh
itu, aku megerti mungkin pertemuan yang aneh ini harus jua dilalui dengan jalan
yang aneh. Biarlah 'JARAK' ini menjadi penjaga bagi aku dan dia. Biarlah
ingatanku tentang dia yang makin samar-samar di dalam hatiku menjadi penguat
hubungan aku dengan ya-Rabb. Aku yakin dengan rencana yang telah tertulis
untukku. Aku yakin jika tertulis jodoh antara kami, sejauh mana aku dan dia
berlari menjauh, kami akan dipertemukan jua di garisan takdir antara kami
nanti.
Jarak
ini menjaga aku dan dia
Kini aku
semakin mengerti, 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku. Tetapi 'JARAK' ini untuk
menjaga aku dan dia. Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk berubah
menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk
memperbaiki cinta kepada Illahi.Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk
mencintai Pencipta kami lebih dari segalanya. Dengan JARAK ini aku dan dia
berjanji untuk mendalami Islam hingga ke akar umbi. Dan Dengan JARAK ini jua
aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan lebih bersedia
untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.
Terima
kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima
kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.
"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati
akan menjadi tenang"
Aku sedar, aku
insan yang masih rapuh. Kadangkala hatiku goyah melihat keadaan sekeliling yang
menekanku. Jika tidak kerana JARAK ini,mungkin aku akan mencari pelbagai alasan
untuk bersama dia. Iman ku akan goyah saat terpandang wajahnya. Hatiku akan
bertambah rindu saat mendengar suaranya. Moga hidayah yang diberi ini akan
terus membajai hatiku. Aku yakin semua ini rencana Mu Ya Allah. Moga di akhir JARAK
ini, Kau memberi kesudahan yang baik untuk aku dan dia
:: credit t0 iloveislam.com ::
:: credit t0 iloveislam.com ::
Sekian lama menyepi...blog ini sunyi
ReplyDelete