Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa
mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada
perintahn-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan
percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan
mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.
Namun,
takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji
dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan
cinta. Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan
madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.
Dia
percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya
sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si
nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia
sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah
dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan
janji dan kata-kata cinta si jejaka.
Dia
sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari tatkala dia
membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu
janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Kononnya yakin si
jejaka adalah suaminya.
Tidakkah
dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa
sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur
pada Allah, Allah masih sayang padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota
dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa
tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah
benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.
Allamdullilah.
Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika,
dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan,
mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk
bersolat taubat. Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada
Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak
pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit
takut akan janji Allah.
"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu
sebaliknya."
Apa yang
patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang
baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Dia menutup pintu hatinya seketika dari
cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang
surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang
mencintainya kerana Allah.
"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk
bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu,
hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu
untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."
:: copy n paste dari Artikel iluvislam.com ::
No comments:
Post a Comment